:: Assalamualaikum :: Ahlan Wasahlan :: Selamat Datang ::

Monday, January 24, 2011

:: Kanak-kanak dan Coklat ::

Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak mereka makan coklat kerana bimbangkan kesan buruknya. Betulkah coklat tidak baik untuk kesihatan?

Ibu bapa sering dimomokkan dengan pelbagai kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak makan coklat. Mereka berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti, dan penyakit jantung.

Tahukah anda sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Ini bermakna coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal, atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.

Sekian.....

Sunday, January 23, 2011

:: Tahukah anda ::

Coklat bukanlah makanan yang boleh menggemukkan. Punca gemuk atau obesiti adalah makan berlebihan.

Antara kelebihan coklah adalah:
  1. membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
  2. membantu memulihkan saraf yang letih
  3. melambatkan proses penuaan
  4. membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
  5. membantu menajamkan mata dan minda
  6. mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Tahukan anda bahawa minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain.
  1. 1 gelas (8 auns) minuman coklat mengandungi 2-7mg kafein
  2. 1 tin (12 auns) menuman berkarbonat mengandungi 32-65mg kafein
  3. 1 cawan (5 auns) teh mengandungi 28-44mg kafein
  4. 1 cawan (5 auns) kopi mengandungi 93153mg kafein
sumber: Bower and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed, 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)